Friday, November 5, 2010

Portal Pendidikan

sebelum kami semua menyiapkan web ini, kami telah melakukan banyak kajian dan memilih pelbagai portal pendidikan untuk dibuat sebagai rujukan. rujukan ini banyak membantu kami dalam mengenalpasti apa yang diperlukan dalam subjek bahasa melayu prasekolah dan tadika. 
di bawah ini adalah antara pautan portal pendidikan yang telah kami gunakan sebagai rujukan

http://www.tutor.com.my/tutor/contentrm.asp?e=SPM&s=BI&n=a
http://www.tutor.com.my/tutor/content.asp?e=UPSR&s=SJK&m=&t=&r=&i=BS
http://www.scribd.com/doc/2677169/Rekod-Mengajar-pra-sekolah
http://prasekolahsksc-marziahghazali.blogspot.com/2008/12/aktiviti-p-prasekolah.html
http://www.pelangibooks.com/module/item/itemDetails.aspx?prodId=SGAM6302
http://praskt.wordpress.com/koleksi/lembaran-aktiviti/komponen-bahasa-melayu/

REFLEKSI

Melaui aktiviti P&P yang dijalankan, kita dapat simpulkan bahawa kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran dari segi bahasa, kognitif, fizikal dan sosioemosi. hal ini dapat dinilai melalui pemerhatian dan penilaian. sebagai contoh dalam aktiviti mewarnakan huruf tertentu..kanak-kanak perlu berfikir mengikut kehendak soalan (kognitif)dan kemahiran motor halus (fizikal) melalui aktiviti mewarna. sebagai guru, perlu membuat rekod terhadap pemerhatian dan penilaian tersebut untuk dibuat sebagai rujukan dan ditunjukkan kepada para ibu bapa kelak. oleh itu ibu bapa akan mengetahui sejauh mana perkembangan anak mereka. rekod itu juga penting kepada guru untuk membuat rujukan dan menilai sama ada aktiviti yang dijalankan selama ini sesuai atau tidak.

 

Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN PENGAJARAN – MENGENAL ABJAD

Umur                          : 5 tahun

Tarikh                        : 7 Oktober 2010

Masa                           : 10.00 pagi hingga 10.20 pagi (20 minit)

Bilangan murid         : 12 orang

Subjek                        : Bahasa Melayu

Aktiviti                      : Mari Mengenal Abjad

Ringkasan aktiviti:
  • Set induksi: Guru menayangkan video lagu abjad menggunakan video animasi kepada murid-murid sambil menyuruh mereka     menyanyi bersama-sama.
  • Langkah-langkah:
Aktiviti: Guru menunjukkan video Sketchfu mengenal abjad kepada murid-
              murid sambil menyebut setiap abjad yang muncul di skrin komputer
              (sketchfu) dan meminta murid-murid menyebutnya bersama-sama.
Aktiviti: Guru menyenaraikan dan menjalankan sesi membaca abjad yang
              berjaya disebut kembali oleh setiap murid.
  • Penutup: Guru memberikan lembaran kerja iaitu menulis abjad a dan melukis objek yang bermula dengan abjad a.

Objektif:
  • Menguasai kemahiran mendengar - Mendengar dengan penuh perhatian dan mengecam bunyi abjad.
  • Menguasai kemahiran bertutur – Berinteraksi dengan mesra dan bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi.
  • Menguasai kemahiran membaca – Mengenal bentuk huruf A-Z.
  • Menguasai kemahiran menulis dan melukis


Hasil Pembelajaran:
Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
  • Bersoal jawab secara spontan.
  • Mengenal, menyebut dan memadankan huruf besar dengan huruf kecil.
  • Menulis semula huruf mengikut cara yang betul.


Pengetahuan sedia ada:
  • Kanak-kanak sudah boleh mendengar, bertutur, membaca dan menulis.


Nilai:
  • Mendengar dan mematuhi arahan serta memberi respon.
  • Berinteraksi secara spontan dan bertatasusila.

Alat Bantu Mengajar:

Kemahiran:
  • Fizikal (motor halus) – Boleh memegang pensel dan menulis dengan baik.
  • Bahasa – Boleh mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan baik.
  • Sosioemosi – Boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya.
  • Seni, kreativiti dan estetika – Boleh menyanyi.






Prosedur :
LANGKAH
AKTIVITI GURU
HASIL
PEMBELAJARAN
ALAT BANTU MENGAJAR
CATATAN


Set Induksi
( 3 minit )
-          Guru menayangkan video lagu abjad menggunakan video animasi kepada murid-murid dan mengajak mereka menyanyi bersama.
-          Murid-murid memerhatikan video lagu yang ditayangkan dengan baik dan menyanyi bersama guru.
-          Komputer
-          Video lagu abjad.



Langkah 1
(5 minit)
-    Guru menunjukkan video
     Sketchfu mengenal abjad  
     kepada murid-murid sambil 
     menyebut setiap abjad yang
     muncul di skrin komputer
           (sketchfu) dan meminta  
           murid-murid menyebutnya
           bersama-sama.
 
-   Murid-murid dapat
     memerhatikan video yang
     ditunjukkan dengan baik
     dan dapat menyebut abjad
     yang ditunjukkan dengan
     bantuan guru.


-    Komputer
-    Video Sketchfu

Langkah 2
(5 minit)
*Pengukuhan
-          Guru menyenaraikan dan menjalankan sesi membaca abjad yang berjaya disebut kembali oleh setiap murid.

-          Murid dapat membaca abjad yang diberikan dengan baik.


-    Komputer
-    Video Sketchfu


Penutup
(7 minit)
* Kesimpulan
-       Guru memberikan   lembaran
kerja (melukis abjad a dan objek yang bermula dengan huruf a. ).
-          Murid dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberikan dengan baik dalam masa yang ditetapkan.

-    Lembaran kerja






P&P dalam subjek Bahasa melayu

1. Mewarna huruf tertentu.
2. Membulatkan huruf tertentu.
3. Menampal huruf mengikut kumpulan yang sama.
4. Menulis huruf secara menyambungkan titik.
5. Menulis huruf.
6. Menyusun huruf menjadi sukukata.
7. Menyusun sukukata menjadi perkataan.
8. Menyusun perkataan menjadi rangkaikata.


Bahasa Melayu Prasekolah

Pendidikan awal kanak- kanak merupakan tunggak kepada pembentukan seseorang individu...dalam xsgment tekno aku dan ahli kumpulan aku mendapat subjek bahasa melayu. wahhhh aku begitu gembira mendapat bahasa kebangsaanku..kami telah membahagikan tugas masin masing untuk menyiapkan projek ini

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan malaysia. kementerian pelajaran malaysia  menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

Dalam subjek ini melalui web yang kami bina, kami telah menyediakan bank- bank soalan, pautan portal pendidikan, video alphabet contohnya, lagu kanak- kanak dan rancangan pengajaran harian. oleh itu web ini sesuai untuk semua dan bukan terhad kepada guru sahaja. 

Thursday, November 4, 2010

falsafah pengajaranku

setiap orang mempunyai falsafah masing2 dalam hidup..aku pun sama. dalam usaha aku kelak untuk mendidik anak bangsa aku punya falsafah yang tersendiri..aku akan berpegang kepada 1 iaitu setiap manusia ada hak untuk berjaya, saling bantu membantu dan saling mengecapi kejayaan di akhir kelak.aku telah gunakan falsafah ini dalam alam universiti lagi. sesetengah orang terlalu mengejar cita-cita untuk berjaya dan tidak menghiraukan orang lain...tidak salah bersaing dalam pelajaran tetapi lagi elok berkongsi ilmu kerana akan menghasilkan yang lebih lumayan...
kenapa kita perlu kedekut??????????
dalam menjadi pendidik kelak, kita perlu igt pelbagai dugaan yang akan kita tempuh kelak...kerenah rakan sekerja, pelajar dan tidak terlepas dari ibu bapa jugak...kita perlu bijak memainkan peranan dalam usaha mendidik anak bangsa. kita perlu bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikannya...aminnnnnnnn

opkim

khidmat masyarakat...apa yang anda faham????????
sebagai seorang guru kita tidak boleh mementingkan diri sendiri..kita perlu berpijak di bumi yang nyata...melaui program ini mendedahkan saya dengan budaya masyarakat felda..sangat ramah...seronok



sayang makkkkkkk....sedap masakan mak gulai tempoyak..aduh meleleh air liur..explorace wahhh meletihkan keliling felda dan malam kebudayaan yang sangat menyentuh hati dengan bakat anak-anak muda