Friday, November 5, 2010

Portal Pendidikan

sebelum kami semua menyiapkan web ini, kami telah melakukan banyak kajian dan memilih pelbagai portal pendidikan untuk dibuat sebagai rujukan. rujukan ini banyak membantu kami dalam mengenalpasti apa yang diperlukan dalam subjek bahasa melayu prasekolah dan tadika. 
di bawah ini adalah antara pautan portal pendidikan yang telah kami gunakan sebagai rujukan

http://www.tutor.com.my/tutor/contentrm.asp?e=SPM&s=BI&n=a
http://www.tutor.com.my/tutor/content.asp?e=UPSR&s=SJK&m=&t=&r=&i=BS
http://www.scribd.com/doc/2677169/Rekod-Mengajar-pra-sekolah
http://prasekolahsksc-marziahghazali.blogspot.com/2008/12/aktiviti-p-prasekolah.html
http://www.pelangibooks.com/module/item/itemDetails.aspx?prodId=SGAM6302
http://praskt.wordpress.com/koleksi/lembaran-aktiviti/komponen-bahasa-melayu/

REFLEKSI

Melaui aktiviti P&P yang dijalankan, kita dapat simpulkan bahawa kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran dari segi bahasa, kognitif, fizikal dan sosioemosi. hal ini dapat dinilai melalui pemerhatian dan penilaian. sebagai contoh dalam aktiviti mewarnakan huruf tertentu..kanak-kanak perlu berfikir mengikut kehendak soalan (kognitif)dan kemahiran motor halus (fizikal) melalui aktiviti mewarna. sebagai guru, perlu membuat rekod terhadap pemerhatian dan penilaian tersebut untuk dibuat sebagai rujukan dan ditunjukkan kepada para ibu bapa kelak. oleh itu ibu bapa akan mengetahui sejauh mana perkembangan anak mereka. rekod itu juga penting kepada guru untuk membuat rujukan dan menilai sama ada aktiviti yang dijalankan selama ini sesuai atau tidak.

 

Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN PENGAJARAN – MENGENAL ABJAD

Umur                          : 5 tahun

Tarikh                        : 7 Oktober 2010

Masa                           : 10.00 pagi hingga 10.20 pagi (20 minit)

Bilangan murid         : 12 orang

Subjek                        : Bahasa Melayu

Aktiviti                      : Mari Mengenal Abjad

Ringkasan aktiviti:
  • Set induksi: Guru menayangkan video lagu abjad menggunakan video animasi kepada murid-murid sambil menyuruh mereka     menyanyi bersama-sama.
  • Langkah-langkah:
Aktiviti: Guru menunjukkan video Sketchfu mengenal abjad kepada murid-
              murid sambil menyebut setiap abjad yang muncul di skrin komputer
              (sketchfu) dan meminta murid-murid menyebutnya bersama-sama.
Aktiviti: Guru menyenaraikan dan menjalankan sesi membaca abjad yang
              berjaya disebut kembali oleh setiap murid.
  • Penutup: Guru memberikan lembaran kerja iaitu menulis abjad a dan melukis objek yang bermula dengan abjad a.

Objektif:
  • Menguasai kemahiran mendengar - Mendengar dengan penuh perhatian dan mengecam bunyi abjad.
  • Menguasai kemahiran bertutur – Berinteraksi dengan mesra dan bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi.
  • Menguasai kemahiran membaca – Mengenal bentuk huruf A-Z.
  • Menguasai kemahiran menulis dan melukis


Hasil Pembelajaran:
Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
  • Bersoal jawab secara spontan.
  • Mengenal, menyebut dan memadankan huruf besar dengan huruf kecil.
  • Menulis semula huruf mengikut cara yang betul.


Pengetahuan sedia ada:
  • Kanak-kanak sudah boleh mendengar, bertutur, membaca dan menulis.


Nilai:
  • Mendengar dan mematuhi arahan serta memberi respon.
  • Berinteraksi secara spontan dan bertatasusila.

Alat Bantu Mengajar:

Kemahiran:
  • Fizikal (motor halus) – Boleh memegang pensel dan menulis dengan baik.
  • Bahasa – Boleh mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan baik.
  • Sosioemosi – Boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya.
  • Seni, kreativiti dan estetika – Boleh menyanyi.






Prosedur :
LANGKAH
AKTIVITI GURU
HASIL
PEMBELAJARAN
ALAT BANTU MENGAJAR
CATATAN


Set Induksi
( 3 minit )
-          Guru menayangkan video lagu abjad menggunakan video animasi kepada murid-murid dan mengajak mereka menyanyi bersama.
-          Murid-murid memerhatikan video lagu yang ditayangkan dengan baik dan menyanyi bersama guru.
-          Komputer
-          Video lagu abjad.



Langkah 1
(5 minit)
-    Guru menunjukkan video
     Sketchfu mengenal abjad  
     kepada murid-murid sambil 
     menyebut setiap abjad yang
     muncul di skrin komputer
           (sketchfu) dan meminta  
           murid-murid menyebutnya
           bersama-sama.
 
-   Murid-murid dapat
     memerhatikan video yang
     ditunjukkan dengan baik
     dan dapat menyebut abjad
     yang ditunjukkan dengan
     bantuan guru.


-    Komputer
-    Video Sketchfu

Langkah 2
(5 minit)
*Pengukuhan
-          Guru menyenaraikan dan menjalankan sesi membaca abjad yang berjaya disebut kembali oleh setiap murid.

-          Murid dapat membaca abjad yang diberikan dengan baik.


-    Komputer
-    Video Sketchfu


Penutup
(7 minit)
* Kesimpulan
-       Guru memberikan   lembaran
kerja (melukis abjad a dan objek yang bermula dengan huruf a. ).
-          Murid dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberikan dengan baik dalam masa yang ditetapkan.

-    Lembaran kerja






P&P dalam subjek Bahasa melayu

1. Mewarna huruf tertentu.
2. Membulatkan huruf tertentu.
3. Menampal huruf mengikut kumpulan yang sama.
4. Menulis huruf secara menyambungkan titik.
5. Menulis huruf.
6. Menyusun huruf menjadi sukukata.
7. Menyusun sukukata menjadi perkataan.
8. Menyusun perkataan menjadi rangkaikata.


Bahasa Melayu Prasekolah

Pendidikan awal kanak- kanak merupakan tunggak kepada pembentukan seseorang individu...dalam xsgment tekno aku dan ahli kumpulan aku mendapat subjek bahasa melayu. wahhhh aku begitu gembira mendapat bahasa kebangsaanku..kami telah membahagikan tugas masin masing untuk menyiapkan projek ini

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan malaysia. kementerian pelajaran malaysia  menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.

Dalam subjek ini melalui web yang kami bina, kami telah menyediakan bank- bank soalan, pautan portal pendidikan, video alphabet contohnya, lagu kanak- kanak dan rancangan pengajaran harian. oleh itu web ini sesuai untuk semua dan bukan terhad kepada guru sahaja. 

Thursday, November 4, 2010

falsafah pengajaranku

setiap orang mempunyai falsafah masing2 dalam hidup..aku pun sama. dalam usaha aku kelak untuk mendidik anak bangsa aku punya falsafah yang tersendiri..aku akan berpegang kepada 1 iaitu setiap manusia ada hak untuk berjaya, saling bantu membantu dan saling mengecapi kejayaan di akhir kelak.aku telah gunakan falsafah ini dalam alam universiti lagi. sesetengah orang terlalu mengejar cita-cita untuk berjaya dan tidak menghiraukan orang lain...tidak salah bersaing dalam pelajaran tetapi lagi elok berkongsi ilmu kerana akan menghasilkan yang lebih lumayan...
kenapa kita perlu kedekut??????????
dalam menjadi pendidik kelak, kita perlu igt pelbagai dugaan yang akan kita tempuh kelak...kerenah rakan sekerja, pelajar dan tidak terlepas dari ibu bapa jugak...kita perlu bijak memainkan peranan dalam usaha mendidik anak bangsa. kita perlu bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikannya...aminnnnnnnn

opkim

khidmat masyarakat...apa yang anda faham????????
sebagai seorang guru kita tidak boleh mementingkan diri sendiri..kita perlu berpijak di bumi yang nyata...melaui program ini mendedahkan saya dengan budaya masyarakat felda..sangat ramah...seronok



sayang makkkkkkk....sedap masakan mak gulai tempoyak..aduh meleleh air liur..explorace wahhh meletihkan keliling felda dan malam kebudayaan yang sangat menyentuh hati dengan bakat anak-anak muda

Kids Arts Day

bermesra dengan kanak-kanak..aduh bestnya waktu ini..terima kasih semua. pengalaman ini sangat berguna apabila menjadi guru kelak..kami pada mulanya perlu bekerjasama menyiapkan tempat kemudian dibahagikan dalam bahagian masing2. aku dibawah seniorku kak nora..baik sangat. aku kena jaga permainan kolaj.
bermakna..kanak-kanak sememangnya mempunyai banyak kerenah tetapi kita perlu bersabar..jika elok layanannya eloklah perangainya..terima kasih juga kepada ibu bapa yang menyokong program ini

pengakuanku

aku berasa sangat bersyukur dapat kos ini.. secara jujur aku pada mulanya tidak minat kos ini menyimpang jauh dengan minat aku dalam fesyen tapi aku kuatkan semangat dan anggap sebagai cabaran.. aku pandang semua ini dalam aspek positif..aku tanamkan dalam diri aku cikgu pun boleh bergaya dan akan mengangkat martabat guru juga selagi sopan dan memenuhi etika pemakaian sebagai seorang guru..kos ini selalu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti
aku juga bersyukur orang di sekeliling aku sentiasa memberi ruang untuk aku terlibat dalam pelbagai aktiviti..terima kasih semua

Wednesday, November 3, 2010

seniorku sumber inspirasi aku

best sangat jadi student pakk ni..macam2 program yang menanti..sekarang kami nak sambut senior bergraduasi..waaaahhh bertambah semangat aku nak jadi guru ini...dulu aku rasa cuak jugak tapi lama-lama cikgu pun blh pakai lawa2 apa? huhuhu
kami kena wat cheers..dila yang handle..group aku wat banners..waaaah bestnyer bila diorang puji cantiknya baner 2...huhuhuhu. kami semua kena pakai seragam baju warna merah dengan tudung putih..even panas tapi kami enjoy!!!!!!!!!
tahniah senior2ku...time kami jangan lupa datang ok!!!!!!!!!



pengalaman aku di minggu orientasi

wahhhhhhh...seumur hidup aku xpernah lalui minggu orientasi yang mencabar seperti ini..dulu masa zaman sekolah boleh la kita buli orang tapi sekarang?....masa kat kolej seminggu awal lepas pendaftaran..yang 2 paling aku sakit..aku ni dah la xleh makan banyak2 tapi makan banyak..sape makan xabis..kena marah..terima kasih banyak2 AYA kerana selalu cover aku depan PM...
benda yang paling kelakar bila kana buat cheers..huhuhuhu sampai lebam paha aku ni..cilaka, cilaka, cau..cau..
huuhuhu memang da best!!!!!!!
orientasi kat fac pulak paling mencabar..buat kat raudah, Gombak...macam2 kami buat..sebagai bakal guru kan kena mantap dari segi fizikal dan rohani..night walk kena kejar hantu, jungle tracking penat satu badan, halangan mandi lumpur...waaaaa tapi tetap mantap!!!!!!!!!!





langkahku bermula di ~universiti malaya~.

setiap hari aku mengidamkan untuk menjadi pelajar yang berjaya...akhirnya aku berjaya juga menjejakkan kaki di universiti...aku berasa lagi bangga apabila dapat um...waaaahhhhhhhh universiti yang paling famous, ranking no 1 dan xda sape yang berani mintak..asyik cakap susahnya nak dapat um...pelajar pandai je dapat masuk um, huhuhuhu macam2....
tidak sia-sia aku masuk tingkatan 6 even kawan aku yang lain pada masa 2 dah lebih berjaya..tp usaha aku telah buahkan hasil yang lumayan aku dapat tawaran IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK