Friday, November 5, 2010

REFLEKSI

Melaui aktiviti P&P yang dijalankan, kita dapat simpulkan bahawa kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran dari segi bahasa, kognitif, fizikal dan sosioemosi. hal ini dapat dinilai melalui pemerhatian dan penilaian. sebagai contoh dalam aktiviti mewarnakan huruf tertentu..kanak-kanak perlu berfikir mengikut kehendak soalan (kognitif)dan kemahiran motor halus (fizikal) melalui aktiviti mewarna. sebagai guru, perlu membuat rekod terhadap pemerhatian dan penilaian tersebut untuk dibuat sebagai rujukan dan ditunjukkan kepada para ibu bapa kelak. oleh itu ibu bapa akan mengetahui sejauh mana perkembangan anak mereka. rekod itu juga penting kepada guru untuk membuat rujukan dan menilai sama ada aktiviti yang dijalankan selama ini sesuai atau tidak.

 

No comments:

Post a Comment