Friday, November 5, 2010

Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN PENGAJARAN – MENGENAL ABJAD

Umur                          : 5 tahun

Tarikh                        : 7 Oktober 2010

Masa                           : 10.00 pagi hingga 10.20 pagi (20 minit)

Bilangan murid         : 12 orang

Subjek                        : Bahasa Melayu

Aktiviti                      : Mari Mengenal Abjad

Ringkasan aktiviti:
  • Set induksi: Guru menayangkan video lagu abjad menggunakan video animasi kepada murid-murid sambil menyuruh mereka     menyanyi bersama-sama.
  • Langkah-langkah:
Aktiviti: Guru menunjukkan video Sketchfu mengenal abjad kepada murid-
              murid sambil menyebut setiap abjad yang muncul di skrin komputer
              (sketchfu) dan meminta murid-murid menyebutnya bersama-sama.
Aktiviti: Guru menyenaraikan dan menjalankan sesi membaca abjad yang
              berjaya disebut kembali oleh setiap murid.
  • Penutup: Guru memberikan lembaran kerja iaitu menulis abjad a dan melukis objek yang bermula dengan abjad a.

Objektif:
  • Menguasai kemahiran mendengar - Mendengar dengan penuh perhatian dan mengecam bunyi abjad.
  • Menguasai kemahiran bertutur – Berinteraksi dengan mesra dan bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi.
  • Menguasai kemahiran membaca – Mengenal bentuk huruf A-Z.
  • Menguasai kemahiran menulis dan melukis


Hasil Pembelajaran:
Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat:
  • Bersoal jawab secara spontan.
  • Mengenal, menyebut dan memadankan huruf besar dengan huruf kecil.
  • Menulis semula huruf mengikut cara yang betul.


Pengetahuan sedia ada:
  • Kanak-kanak sudah boleh mendengar, bertutur, membaca dan menulis.


Nilai:
  • Mendengar dan mematuhi arahan serta memberi respon.
  • Berinteraksi secara spontan dan bertatasusila.

Alat Bantu Mengajar:

Kemahiran:
  • Fizikal (motor halus) – Boleh memegang pensel dan menulis dengan baik.
  • Bahasa – Boleh mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan baik.
  • Sosioemosi – Boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya.
  • Seni, kreativiti dan estetika – Boleh menyanyi.






Prosedur :
LANGKAH
AKTIVITI GURU
HASIL
PEMBELAJARAN
ALAT BANTU MENGAJAR
CATATAN


Set Induksi
( 3 minit )
-          Guru menayangkan video lagu abjad menggunakan video animasi kepada murid-murid dan mengajak mereka menyanyi bersama.
-          Murid-murid memerhatikan video lagu yang ditayangkan dengan baik dan menyanyi bersama guru.
-          Komputer
-          Video lagu abjad.



Langkah 1
(5 minit)
-    Guru menunjukkan video
     Sketchfu mengenal abjad  
     kepada murid-murid sambil 
     menyebut setiap abjad yang
     muncul di skrin komputer
           (sketchfu) dan meminta  
           murid-murid menyebutnya
           bersama-sama.
 
-   Murid-murid dapat
     memerhatikan video yang
     ditunjukkan dengan baik
     dan dapat menyebut abjad
     yang ditunjukkan dengan
     bantuan guru.


-    Komputer
-    Video Sketchfu

Langkah 2
(5 minit)
*Pengukuhan
-          Guru menyenaraikan dan menjalankan sesi membaca abjad yang berjaya disebut kembali oleh setiap murid.

-          Murid dapat membaca abjad yang diberikan dengan baik.


-    Komputer
-    Video Sketchfu


Penutup
(7 minit)
* Kesimpulan
-       Guru memberikan   lembaran
kerja (melukis abjad a dan objek yang bermula dengan huruf a. ).
-          Murid dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberikan dengan baik dalam masa yang ditetapkan.

-    Lembaran kerja






No comments:

Post a Comment